Kelahiran anda bukanlah sesuatu kesilapan atau sesuatu yang tidak dirancang.. kehidupan anda bukanlah yang tidak diharapkan dari alam. Ibubapa mungkin tidak merencanakan kelahiran anda tetapi Allah telah merencanakannya. DIA tidak terkejut sama sekali dengan kelahiran anda. DIA mengharapkannya. Jauh sebelum andaberada dalam fikiran Ibubapa anda, anda sudah ada di dalam fikiran Allah. DIA memikirkan anda terlebih dahulu. Bukan kerana NASIB, bukan kerana kesempatan, bukan kerana keberuntungan, juga bukan kerana KEBETULAN, anda bernafas saat ini. Anda hidup kerana Allah ingin menciptakan anda.
Allah merancang setiap bahagian tubuh anda. Dia merancang memilih bangsa anda,warna kulit anda, rambut anda, dan setiap anggota yang lain. Dia merancang dan membuat tubuh anda seperti yang DIA inginkan. DIA juga menentukan bakat-bakat yang akan anda miliki dan keunikan dari keperibadian anda.
Ketahuilah dan fahamilah.
Allah membuat anda untuk satu tujuan, DIA juga memutuskan bila anda DILAHIRKAN dan BERAPA LAMA anda akan HIDUP. DIA terlebih dahulu sudah merencanakan hari-hari hidup anda, memilih waktu yang tepat untuk KELAHIRAN dan KEMATIAN anda. Allah juga merencanakan dimana anda dilahirkan dan di mana anda akan hidup untuk tujuan-NYA. Bangsa dan kewarganegaraan anda bukanlah satu KEBETULAN. Allah tidak membiarka satu bahagian pun terjadi secara kebetulan. Allah merencanakan semuanya untuk TUJUAN-Nya.
Tidak satu hal pun dalam HIDUP anda terjadi dengan sesukanya. Semuanya untuk satu TUJUAN.Yang paling mengagumkan , Allah menentukan BAGAIMANA anda dilahirkan. Tanpa memandangkan kondisi kelahiran anda atau siapakah Ibubapa anda, Allah memiliki RENCANA ketika MENCIPTAKAN anda. Tidak peduli apakah Ibubapa anda BAIK, BURUK atau acuh tak acuh. Allah mengetahui bahawa mereka berdua benar-benar memiliki sifat-sifat genetik yang tepat untuk menciptakan ”ANDA” yang sudah ada dalam fikiran Allah. Mereka memiliki DNA yang Allah inginkan untuk menjadikan anda. Walaupun ada Ibubapa yang tidak sah, tidak ada anak-anak yang tidak sah. Banyak anak tidak direncanakan oleh Ibubapa mereka, tetapi mereka bukanlah tidak direncanakan Allah. Allah tidak pernah melakukan apapun secara kebetulan dan DIA tidak pernah membuat kesalahan. DIA memiliki alasan untuk segala sesuatu yang DIA ciptakan. Seperti juga ciptaan-Nya yang lain semua direncanakan Allah. Motivasi Allah dalam menciptakan anda adalah KASIH-Nya. ”Jauh sebelum dunia dijadikan Allah telah merancang kita dalam fikiran-Nya, menepatkan kita sebagai pusat kasih-Nya. Allah memikirkan anda bahkan sebelum DIA menciptakan dunia. Itulah sebabnya DIA menciptakan dunia. Kita adalah pusat kasih-Nya dan merupakan yang PALING BERHARGA dari semua ciptaan-Nya. Betapa Allah begitu MENGASIHI dan MENGHARGAI anda
Persoalannya?
Mengapa Allah melakukan semuanya ini?
Mengapa Allah bersusah payah menciptakan sebuah alam semesta bagi kita?
Kerana DIA adalah Allah yang KASIH.
Perkara sukar dan sulit untuk difahami tetapi benar-benar boleh dipercayai. Anda diciptakan sebagai sasaran khusus dari Kasih Allah. Allah menjadikan ANDA supaya Allah boleh mengasihi anda. Inilah kerana sebuah kebenaran untuk dijadikan landasan/panduan kehidupan anda.
Allah yang menjadikan anda untuk sesuatu sebab/alasan. Kehidupan anda memiliki makna yang luar biasa. Oleh itu, makna tujuan dan makna hidup akan tercapai jika kita menjadikan Allah itu pokok acuan kehidupan kita.
Anda adalah anda kerana suatu sebab/alasan. Anda adalah bahagian dari suatu rencana yang kompleks. Anda adalah suatu rancangan unik yang berharga dan sempurna, disebut Lelaki atau Perempuan khusus MILIK Allah. Anda kelihatan seperti anda kerana suatu sebab/alasan. Allah kita tidak membuat kesalahan. Dia membentuk anda menjadi satu di dalam kandungan, anda BENAR-BENAR apa yang ingin DIA ciptakan.
Ibubapa yang anda miliki adalah ibubapa yang DIA pilih dan tidak peduli bagaimana perasaan anda, mereka dirancang dengan pertimbangan rencana Allah dan mereka memikul meterai Tuhan.
Tidak, trauma yang anda hadapi tidaklah mudah. Dan Allah menangis kerana trauma itu begitu menyakiti anda. Tetapi itu diizinkan bertumbuh menjadi serupa dengan-Nya.
Anda adalah Anda kerana suatu sebab/alasan, anda telah dibentuk dengan tongkat Tuhan. Anda adalah Anda, Kekasih....sebab kerana ada ALLAH!
” Beginilah firman TUHAN yang menjadikan engkau yang membentuk engkau sejak dari kandungan”...... Yes 44:24